Wednesday, July 25, 2012

Hidup Dalam Bersyukur

Hari ini, hari kelima Ramadhan. Dalam suasana yang panas dan tegang,  akhirnya minda mengarah untuk mencari sesuatu yang dapat menenangkan diri. Daripada semalam, mendownload rakaman Prof.Dr.Muhaya di radio IKIM,dan hari ini mendengar secara langsung siaran Islam itu Indah. Subhanallah, Alhamdulillah, bersyukur kerana terasa hikmahnya di atas segala ujian yang dihadirkan Allah. Benar Allah Maha Penyayang. Terima kasih,Allah dan juga terima kasih kepada dia kerana marah pagi -pagi, kerana mendetikkan hati untuk mendengar radio IKIM pada pagi ini kerana merasa tertekan sangat-sangat.  Apabila dah dengar, baru saya sedar kerana selama ini terlalu fokus masalah yang dialami sehingga tertutup rasa bersyukur dengan nikmat ALLAH.

"Biar orang nampak buruk kita,tapi mereka tidak tahu baik kita daripada orang nampak  baik kita tetapi tidak nampak buruk kita". - Prof.Dr.Muhaya

No comments: