Wednesday, July 11, 2012

Hidup tanpa rangkaian sosial IT

Saya belajar bidang IT selama 4 tahun setengah, dapat degree pastu jadik kerani kilang untuk menampung budget konvo kat UTM itupun cari kerja selepas citer Autumn In My Heart abis ditayangkan kat tv. Kemudian, Alhamdulillah rezeki, ada kakak engineer ini offer jawatan QA senior technician tapi kat kilang lain..just accepted..free and easy time tuh. pada masa yang sama hampir 30 salinan sijil untuk memohon jawatan Pegawai Sistem Maklumat ke merata-rata tempat dan sehinggalah jugak selepas baru sebulan dinaikkan pangkat ke QA Assistant Engineer dengan pertambahan gaji sebanyak RM150 dimurahkan rezeki daripada Ilahi, akhirnya dapat juga jawatan Pegawai Sistem Maklumat tapi kontraklah..tapi juga gaji boleh tahan, oklah..kita generasi Gen X mampu berdaya saing.:)

Dari tahun 1998 hingga tahun 2012,hidup saya memang didedahkan dengan IT,komputer,hardware,software dan sewaktu dengannya..kalau sebelum tu mesin taipla jawabnya..teringat pinjam mesin taip abang sbb nak tulih love letter..mengong..

Kenapa saya pilih IT..sbb saya tak dapat pilihan pertama untuk menjadi doktor, dan pilihan kedua sebagai Akauntan. Yang saya dapat ialah pilihan ketiga iaitu Program Intergrasi Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer..padan muka. sapa suruh banyak main masa sekolah..kekadang terfikir, rugi saja dapat Anugerah Pelajar Cemerlang Kuala Muda/Yan for UPSR tapi gagal merealisasikan otak yang bijak ini..kih kih..

Jadi selok belok IT ini, insyaAllah lah tahu..jadi jangan kelentongla kalau orang tak bagi kita pinjam notebook  sbb dia cakap beratla, ada virusla or tak layan bila kita cakap nak pinjam..c'monlah..segala mak nenek virus pun kita dah hadapi dah ..setakat nak tulih surat dalam word berat kebende.bukan nak hantar assignment.upload gambar boleh pulak.

Tetiba musykil bagaimana orang yang terdedah secara langsung dlm dunia IT adalah seorang yang tidak mempunyai Akaun FB dan Twitter..sebenarnya I tak suka twitter menyemak..Jadi, hanyalah emel penyambung silatulrahim selain WhatsApp dan Viber..tapi semundur mana saya pun, tidak setanding dengan kawan baik saya yang tiada smartphone...kih kih..(kredit to Suzila)..haha..sbb hanya hang sorang pembaca setia blog ini (ataupun dipaksa).

No comments: