Thursday, August 4, 2011

Gulai Ayam Pencen

sapa2 yang terbeli ayam pencen boleh la try resepi ringkas seperti di bawah.Resepi Original daripada Che Timah.Selalunya resipi dari Che Timah nie akan terdapat perumpaan mengaitkan dgn anggota badan..
Contoh : belacan sebesar ibu jari kaki (nasibla sapa punya ibu jari kaki besar,mau resdung tak ingat) ataupun hali dipotong sebesar 2 jari tangan..nasibla..Jadi kesimpulan kita tawakal an redha ketika memasak dengan hati yang ikhlas dan suci murni.InsyaAllah, org yang makan pun akan terasa sampai ke jiwa.Yang penting jangan lupa baca Bismillah. ;)

Gulai Ayam Pencen


Bahan A
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
Halia sebesar 2 jari (mana2 jari la)

Bahan B
Kulit kayu manis
Bunga Lawang
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Daun Kari.


Serbuk Kari Ayam (resepi asal che timah is rempah giling sendrik)
Ayam Pencen (dalam 5 ketul)
Santan setengah kilo yang dibahagi dua


Cara - cara

  1. Campurkan Bahan A dengan Serbuk kari ayam.kacau sehingga sebati.
  2. Tumis bahan B sehinga bau wangi dan harum
  3. Masukkan Bahan A yg telah dicampur dengan serbuk kari.
  4. Terus masukkan ayam pencen..kena masuk awal sbb nak bagi dagingnya empuk
  5. Biar paling lama 30 minit lebih..(pastu boleh layan citer korea)
  6. Agak2 dah lama tuh,masukkan ubi kentang dan santan.
  7. Pastu kacau sentiasa supaya tidak pecah lemak..nak kacau pusing2 pun takpa..ayam tu konpem tak hancur
Sekian ;) Inilah Hasilnya..tadaaaa..


Tuesday, June 28, 2011

Turunkan berat 5 kg in 5 week..ada bran??

hari nie hari kesihatan sedunia..dlm dok sibuk google cara nak kecikkan lengan n peha terjumpa link kevin punya..buat kat rumah pun boleh..dah tensen lengan cam peham ayam turkey..klo peha tak tau la...ish..ish..
so anda nak cuba??sila klik link nie Nak kurus dgn cara kevin

Fresh Garden Salad

Harap kali nie berjaya nak start jaga pemakanan.First things first-elak minum neskape aih, maksudnya bukan tak leh minum langsung..hehe...nie dpt dr link laman tips dan petua..senang2 google ja..

Bahan-bahan
40gm lettuce
30gm tomato yang dipotong ala wedges
30gm timun
10gm hirisan bawang
30gm lada benggala (capsicum)
10gm daun parsli
50gm sos Thousand Island

Cara Penyediaan

  1. Rendam salad ke dalam air.
  2. Bubuh sedikit ais untuk menjadikan salad rangup.
  3. Untuk hidangan, tosakan salad tadi ke dalam mangkuk.  Tuangkan sos dan kacau sehingga sebati.
  4. Hiaskan dengan daun parsli.
Info Kesihatan
Daun salad merupakan penawar kepada masalah insomnia.  Salad kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink.


Tuesday, April 19, 2011

Berenti kerja

"wei, hang dah berenti kerja ka?"
"awatnya tanya cam tu?"
"sebab aku tengok hang online berfacebook satu hari"
"mengong"

a hepi 5th ;)

ermm ..hepi?? ok apa..tu kan doa.amin. semua manusia mengharapkan kebahagian..tapi adakah semua lupa bahagia datang dlm pelbagai bentuk dan pelbagai cara.Yang penting ialah bersyukur..mudah tapi susah kerana selagi nama manusia selagi itu kita tidak puas. Apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa mengingati dan berkomunikasi dengan Allah..Allah kan 24 jam bersama dengan kita.Pun mudah tapi susah kerana 24 jam jugak kita diasak dengan hasutan syaitan. Tapi Allah dah kurniakan kita akal dan fikiran.kan mulia jika setiap hari kita kita berjuang dan berperang dengan hasutan syaitan. InsyaAllah. Semoga kita sentiasa di bawah peliharaan dan lindungan dariNya..jangan lupa berdoa dan selamat beramal ;)

p/s~~ adakah 6th akan membawa perubahan besar dlm hidupku.Ya Allah, aku mohon berilah petunjuk yang paling mudah bagiku, kerana aku adalah hamba yang bodoh, ya Allah supaya mudah untuk aku memahami dan menerima. Amin.

Monday, April 18, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

sudah datang!! sudah datang..pesta buku..tapi motip..selalu pergi utk dptkan tandatangan novelis ja..haha..giler glamer..hanya itu yg termampu? tapi kali ini, sudah bervisi..cam best lak baca buku2 berilmiah..ulasan bila I rajin ok..
Senarai buku yang nak dibeli :
1. Bagaikan Khadijah di hati Rasulullullah. Buku ini asalnya pinjam kat library..tapi lepas baca beberapa mukasurat rasanya tak rugi kalau dijadikan simpanan untuk rujukan..

2.Fokus &  Klik. sila klik link ini >> http://pts.com.my/index.php/buku/fokus-klik/ . Surprise!!! harap2 my hubby tak bacala blog nie..kan tak jadik surprise..i'm lovin it..

3. Menjadi wanita super dengan Asmaul Husna sila klik link ini juga:http://pts.com.my/index.php/buku/menjadi-wanita-super-dengan-asmaul-husna/- tak sabar nak baca...

just sharing my friend's link..http://pts.com.my/index.php/pbakl

Thursday, April 14, 2011

Ayat Pendek Ayat Panjang

Malam

"lambat lagi ke nak balik?"
"mungkin.nape?"
"dr opis ke?dlm kul berapa agak2?"
"memang la dari opis..dari mana lagi?nape?"
"saja tanya"
"ingat awak nak bgtau awak masak ke ape..tu je?"
"memang sy dah masakkan utk abang.sbb tu la tanya.tadikan abang ckp tak makan lagik kat opis.so sy terpikir la pasal abang time cam nie dah makan ke belum.kotla klo ada event, sy agak abg dah makan sikit.tapi klo dari opis maksudnya abang tak makan lagik.saya takut masa abang balik tu saya tertido..makanan semua dah ada atas dapur"
"bagitau macam tu kan lebih ada info dari jawab saja tanya. at least ada conversation daripda takde langsung"
"errmm ok.sori"

Pagi

"lepas nie abang terus g opis ke"
"yelah..pasni sy g opis"
"la..takkan dengan singlet pagoda ngan kain pelekat nie g opis"
"abis tu dah awak tanya pasni g opis, sy jawabla ye"
"abis tu tak balik mandi dulu"
"tulah..lain kali tanya, lepas nie balik rumah, mandi n terus bersiap g opis ker?"
"ermmm.ok"

Wednesday, April 13, 2011

Dream...Dream...Dream..

so a lots..hihi..

~ piano class
~ sewing class
~ whiterouge fashion book cafe
~ korea
~ new zealand
~ swiss
~ DSLR ;red in color of coz
~ umrah at least next yr due.
~ haha.,,ini paling best..60 kg within 3 months..

Monday, January 24, 2011

Thank You Allah

"maaakk...cabai nak letak berapa bijik nih?"
"letak la 9 ka 10 biji ka"
"nie bawang  merah nie,nak kupas berapa bjik"
"bawang merah 3 biji, bawang putih 1 bijik, cukuplah"

 mula2 tak perasan gak, naper che timah tak pernah pun letakkan anggaran dlm angka genap..kot petua org tua-tua kot...nak suh potong cabai kering ka..letak asam keping ka..mesti dlm angka ganjil..tak pernah lak plak tanya, pasaipa nak kena ganjil plak..kang ada yg kena baling dgn lesung batu..melawan..tapi selalunya pandai2 je lah genapkan angka2 tu semua..rasa sikit sangat plak..
pastu ayat che timah dah tau dah;"kak semua nak letak lebih, pastu semua makanan terlebih, mak dah bajet cukup2 dah"..

biasalah anak dia yang sorang nie tak makan saman.

pastu tgk la dlm buku Yassin..zikir, selawat semua dalam angka ganjil..pun anggap biasa ja..

sampai lah pagi Ahad semalam, sementara tunggu my luvly hubby bangun dari bilik beradu, terperasan buku yang pinjam dari Tina a.k.a Datin..dah pinjam buku nie since Selasa lepas,tupun dok lepak2 rumah dia sementara nak amik my hubby kat KLIA..

itupun sebab ada umi ajar zikir nama Allah untuk ketenangan hati..kebetulan dia ada buku Zikir Nama Allah..just nak check camna eja..lagipun dah lama tinggal since zaman asrama.nasibla duduk kat hostel.

pagi semalam baru rasa nak membelek..selak demi selak helaian..alangkah banyaknya hikmah yg terkandung selama ini tidak sedari..nama Allah yang mengandungi 99 nama menunjukkan Allah begitu dekat sekali dengan hidup kita..ketika senang , ketika susah..gembira..menderita...walaupun 1001 perkara yang kita lalui, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya..

rasa terngantuk bila mengakui Allah itu wujud namun namaNya dan maknanya tidak dihafal.dan selak lagi, baru terjumpa..Allah suka bilangan ganjil..MasyaAllah..nikmat yang tak pernah terlintas langsung..ini fahaman sendiri yang sangat cetek ilmunya...namun bersyukur sangat jika Allah tidak hadirkan ujian dan dugaan ini, mungkin tidak terlintas lagi untuk membelek buku tersebut..banyak lagi yang perlu dipelajari rupanya.

kita semua menyedari dunia ini hanya pinjaman..semuanya berbentuk sementara,kasih sesama manusia pun hanya sementara..kesenangan dan kezaliman sesama makhluk juga sementara namun bila kita ditimpa musibah,semuanya kita sering terlupa tentang benda-benda yang bersifat sementara, dan seterusnya menyalahkan takdir..sampaikan kita terlupa kasih sayang Allah pada hambaNya kekal sentiasa..

Terima kasih ya Allah, dengan kasih sayangMu dan di atas semua nikmat yang diberikan dan ..lindungilah aku dari terpesong daripada jalanMu,ya Allah...Amin.