Thursday, August 9, 2012

Muhasabah Cinta

Assalamualaikum,

Terkesan bila menghayati lagu ini ;

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Maafkan Walau Sukar Ingin Melupakan

Assalamualaikum,

Ingin berkongsi status di wall Suzana Ghazali yang dipetik daripada artikel Cermin Diri,Kosmo!

"Lantaran, bersempena hadirnya Syawal tidak lama lagi, maafkanlah insan-insan sekeliling anda.Akuilah kelemahan dan kesilapan mereka.Berkumpullah bersama-sama meraikan hari kebesaran ini. Jangan bersendiri atau menyembunyikan diri apatah lagi membawa diri atau melarikan diri. Masalah,keserabutan dan kesakitan takkan hilang dengan membawa diri. Amalkanlah saranan Rasululullah s.a.w: jika orang membaling batu ke arah kita,hulurkanlah pisang ke arahnya.  Percayalah,bila api dilawan dengan air,api takkan membawa malah akan mudah padam.  Yang tinggal hanyalah linangan air.
Bak kata Aishah didalam lagunya : "Kemaafan Dendam yang Terindah."

Manakala berkongsi kata - kata daripada Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Jamsah daripada wall  beliau;
"ramai orang yang bertanya, kita boleh maafkan tetapi macam mana nak lupakan peristiwa pahit yang lalu. Kita takkan dapat lupakan kisah lama sebab kita orang yang pandai dan kuat ingatan. Tapi jika kita jaga solat 5 waktu,solat taubat setiap malam, istighfar 100 kali sehari, baca Quran, lakukan zikir harian,doakan orang itu dan maafkan dia 40 hari berturut - turut,kita akan dapat rawat hati kita.  Jika kita teringat kisah lama dan rasa marah,sedih atau stress,maka kita belum pulih.  Tetapi bila kita teringat dan mampu tersenyum,maka kita telah pulih. Yang penting BUKAN MELUPAKAN,tetapi merawat hati agar tak terkesan secara negatif bila teringat! Bila kita dah betulkan diri kita secara berpakej,insyaAllah perkara negatif takkan berulang"


Sedangkan Allah Maha Pengampun mengampun dosa hamba-hambaNya dan Rasulullah s.a.w mengampunkan umat-umat nya,maka siapalah kita untuk berdendam dan benci membenci dengan manusia.

Wallahualam.

~NoteToMyself~

Wednesday, August 8, 2012

Kebahagiaan Bergantung kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai yang menyangka untuk menghilangkan tekanan pergilah bercuti atau melancong tempat yang best -best dan jauh daripada kota. Tetapi berapa ramai yang memperoleh ketenangan sedangkan beban tekanan iaitu diri kita sendiri kita bawa bersama.

Apabila kita tidak bahagia, kita lebih cenderung untuk menyalahkan orang lain, kita sakit hati dengan orang, ada dendam dan juga marah dan selalu terfikir kenapa mereka berbuat jahat kepada kita.  Sedangkan apa yang kita dapat adalah refleks daripada diri kita sendiri. Jika kita senyum, pasti kita dapat balasan senyuman, dan jika tarik muka panjang,sah-sahla orang tak suka.Melainkan jika kita senyum, tapi ada orang jeling balik, kasihanilah pada orang itu kerana jiwanya tidak bahagia.

Sampai ke tahap ini, Alhamdullillah, baru tersedar dan merasai, sebenarnya Allah mendatangkan ujian ini supaya dapat meringankan beban dosa sebelum bertemu denganNya nanti.  Sebelum ini, memang terfikir tapi sentiasa kalah dengan nafsu dan amarah tanpa berlawan.  Jadinya sekarang untuk melawan nafsu dan amarah hanya dengan ketenangan hati dan sentiasa berprasangka baik dengan Allah dan sentiasa mencari jalan untuk mencari kasih sayang dan Cinta dari Nya.  Apabila meletakkan cintaNya di tempat yang teratas, pasti Dia akan meletakkan perkara yang terbaik untuk diri kita, Jika kita belum lagi merasai nikmatNya, bermakna kita harus mencuba dan bermuhasah untuk memperbaiki diri.

Melalui ujian juga, berpeluang mencari ilmu yang sebenarnya banyak sangat di sekeliling tapi sentiasa diabaikan sebab telah berada di comfort zone.Hah,dah kena gegar baru gedik-gedik nak mencari ilmu.  Sekarang dah jadi ahli komuniti As-Sohwah dan setiap hari mendengar video daripada Prof. Dr.Muhaya.Hari ini jam 10.00 pagi beliau berada di IKIM tetapi broadband dah kena block la pulak.Nasib baik boleh download.

Kata beliau : 2 perkara yang bila kita akan sebut, akan datang kebahagiaan ialah :
  1. Alhamdulillah kepada Allah
  2. Terima kasih kepada manusia.
InsyaAllah, hati kita akan tenang kerana kita sentiasa mensyukuri nikmat yang terdapat di sekeliling kita. Bayangkan jika kita berterima kasih kepada seseorang, mesti orang tu suka.Baru saya sedar,paling payah nak ucapkan terima kasih ialah kepada mak dan abah yang telah melahirkan,membesarkan dan mendidik dengan penuh kasih sayang sebab selalu terasa terima kasih tidak perlu diucapkan dan hanya dibalas dengan perbuatan yang baik.

Dan sebelum tidur kita maafkan orang dan berdoa semoga hari esok adalah lebih baik pada hari ini.  Lupakanlah dendam dan marah kepada orang kerana sebenarnya kita tidak dapat apa - apa pun malah kita berhutang dengan masa kerana menyakiti hati diri sendiri dengan perasaan dendam dan marah. Wallahualam.

Semua yang saya tulis ini adalah nota untuk diri sendiri dan niat untuk berkongsi apa yang saya lihat, apa yang saya dengar dan apa yang saya rasa dan apa yang saya belajar. Bukannya niat untuk mengajar dan perasan bagus. Sebab sekurang-kurangnya saya mencatit apa ilmu saya dapat, tapi jika hasilnya tidak bagus itu adalah proses pembelajaran. ;)

cau cin cau.


Friday, August 3, 2012

Rahsia 7 Pintu

Assalamualaikum kepada pembaca2 blog ini ;) (senyum sebab i confident akan ada visitor from Penang),

Hari ini terasa nak berkongsi hasil daripada ceramah Forum Perdana Hal Ehwal Islam.  Rakaman je lah, Thanks to Ezi sebab kongsikan rakaman-rakaman dan video daripada Prof Dr.Muhaya. Daripada nak berkongsi cerita tak mendatangkan faedah kan ,( I dah transfer pas ni luahan hati ke physical book ) lagik selamat unless sapa2 ada terjumpa la..Ala doktor psikiatri pun bagi cadangan macam tu, segala ketidakpuasan hati, kegeraman, kemarahan,dendam sebaik-baiknya diluahkan dan ditulis didalam buku, ipad ke atau komputer peribadi asalkan jangan berkongsi di laman sosial. Nanti bimbang akan membuat orang lain terasa..ermm..Learn From Mistake. Biarlah orang buat macam tu asalkan kita jangan buat macam tu..jangan tempah tiket ke neraka,nie Dr.Muhaya yang cakap. I dengar dan I kongsi ;);

Secara ringkasnya,Rahsia 7 Pintu ini berkisar kepada rezeki yang kita perolehi dan keberkatan keatasnya.  Biarlah gaji seseorang itu seminima RM900 (ikut rate terkini lah), asalkan ada keberkatan ke atasnya, beliau mampu menanggung isteri dan anak - anak walaupun seramai 6 orang.  Pasti ada rahsianya.Tapi walaupun suami isteri berkerja ,tiada anak dan hasil pendapatan bulanan mencecah RM6000, masih tidak mencukupi.  Pasti ada yang tidak kena, Isunya bukan sikit atau banyaknya rezeki itu tetapi keberkatan yang kita peroleh daripada sumber rezeki itu.Yang Pasti Rezeki datang daripada Allah Taala. Yang penting amal - amal yang kita lakukan.

Jadi Rahsia 7 Pintu seperti kata Ustaz Haji Kipli ialah :
  1. Bertakwa dengan Allah 
  2. Tawakal kepada Allah
  3. Solat
  4. Membaca Al- Quran
  5. Zikir
  6. Taubat
  7. Usaha yang bersungguh - sungguh.
Jika ingin dicintai Allah, maka hendaklah kita bertakwa kepada Allah. Manakala amalan solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab Allah, oleh itu pertimbangkanlah jika kerja itu adalah ibadah tetapi kita tertinggal solat maka kerja itu sudah tidak dianggap ibadah.

Banyak lagi input -input yang bermanfaat hasil daripada ceramah tersebut. Tapi tulis yang setakat ini la dulu. Kalau bole share video ok gak, tapi susah nak upload di sini.

Note to Myself : Biarlah kita tidak disayangi Manusia, tapi yang penting kita mencari kasih sayang Allah dan CintaNya. Jika Allah menyayangi kita pasti kita disayangi manusia. Maaf jika entry kali ini dianggap perasan bagus, seriously I'm not, kan dah bgtau awal2..hanya berkongsi ilmu ang diperolehi.

Cau Cin Cau.