Wednesday, May 30, 2012

Saya Adalah AJK Publisiti

rasanya sebelum ini saya adaah seorang yang berat mulut dan rasanya not my type nak jumpa orang-orang nie.and my PR langsung takda..Tapi Dr.Azhar selalu cakap, kekuatan saya adalah mulut saya.  Maksudnya kalau saya nak jadi pendebat Nasional tu kira dah boleh tersenarai dalam calon lah.tapi mungkin saya tak mengasah kelebihan yang ada dengan sewajarnya sehingga asyik menyakitkan hati orang lain ja. Mungkin sebb saya cakap dari dalam hati. Orang2 kita mana boleh terima sebarang kebenaran.Diorang nak yang bermulut manis ja.  And again,i'm not that type yg sweet talker, and I hate sweet talker. sbb tu saya cakap, saya takde PR.

So, tetiba Saya dapat emel dilantik sebagai AJK Publisiti.Aduss nie sebab takde orang la nie. Tapi dengan magiknya sy dgn abg putra dapat mengedarkan dengan jayanya poster Program Derma Darah 2012, kena jumpa bahagian pengurusan di setiap pejabat yg terletak di Cyberjaya, memulakan mukadimah and I make it!!

Alhamdulillah, terima kasih di atas ujian yang telah diberikan. berkat membaca buku dan mencari ilmu telah menghasilkan satu pemikiran yang positif.  InsyaAllah, semoga Allah terus merahmati dan memberkati perjalananku pada saat ini, esok dan hari - hari yang mendatang. Hanya kepada Mu tempat ku bergantung.( dah dengan manusia yang paling rapat pun asik kena kutuk ja..huhu)

Monday, May 28, 2012

Take a break

Selak2 balik blog rupanya banyak lagik tak menambah resepi2 che timah..tapi bukannya banyak pun dok mengupdate resepi..biasala semua kerja ikut mood..
Now take a break, dah lama tak masak nasik, dah lama tak goreng ikan, dan dah lama tak masuk dapur sebab jika masuk dapur hanya mengingatkan..hanya bulan lepas tukar tong gas dan beli beras tupun sebab family dan family mertua datang..tapi tupun dorang yang masak.bukan taknak masak tapi tak berkesempatan..hehe.lagi satu time ni la nak rasa air tangan orang tua..sedap oo..hehe
.."masakan yang paling sedap di dunia ialah masakan ibu"
termasuklah ibu mertua dan ibu - ibu orang lain. ..;)

Sekali datang baru pergi pasar borong, tapi bila dorang dah nak balik suruh bawak balik sekalik belen sayur2 dan ikan2..kalau tak buat membeku dan layu ja dalam fridge.

Resepi baru pun dah stop untuk mencuba kerana ia hanya mengingatkan..

Ujian tanda Sayang Allah kepada hambaNya

Kita dah sedia maklum, Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya itu. Merintihlah dan merayu kepada Allah untuk kita berlindung di bawah rahmatnya. Ujian yang datang tandanya untuk masa kita bermuhasabah diri.  Bersyukur dengan ujian yang datang kerana masanya yang tepat untuk peluang menyucikan dosa-dosa yang lalu.

Seorang guru pernah berkata,"Sebenarnya saya nampak kamu lebih tenang berbanding dahulu". Alhamdulillah, terima kasih kepada guru ku,Dr.Azhar Sarip, perkenalan sejak tahun 2007 menemukan kami. Syukur kepada Allah kerana telah membuka ruang dan jalan untuk belajar dengan beliau dan sehingga sekarang jika berkelapangan masih berhubung demi menuntut ilmu yang tiada berpenghujung.

Malah bersyukur tidak terhingga dengan ujian - ujian ini menemuikan guru - guru yang banyak mengajar untuk mbermuhasabah diri untuk memperbetulkan diri daripada asyik menyalahkan orang lain samada bertemu secara bersemuka, secara talian atau melalui penulisan mereka.

Akhirnya, dah keluar dah dari 'comfort zone'. Cuma agak sakit bila berhadapan dengan orang sekeliling yang berpandangan tidak sama dengan kita dalam menangani ujian initerutamanya daripada orang yang kita cukup hormati dan sanjungi dan kita muliakan.  Pasti mereka bingung bagaimana seorang anak perempuan mereka yang sangat disayangi dan dimanjakan mampu mengharungi ujian ini berseorangan.

"Allah itu ada,mak dan abah. Chek tak berseorangan".Faham hati dan perasaan mereka, namun apakan daya, cuma doa seorang mak dan abah yang diharapkan supaya anakmu ini tabah dan kuat menghadapi ujian Ilahi ini. Pasti ada hikmah dan ganjaran yang lebih besar daripada musibah ini.

Terima kasih atas artikel ini yang berjaya membuka hati dan minda bagi seorang yang amat cetek pengetahuannya . Sila klik lin ini >>>Istihikarah itupun perlu mujahadah 

Alhamdulillah. cau cin cau

Monday, May 21, 2012

Syukur ;)

Tiada kata yang mampu diucap melainkan hanya mengucapkan syukur Alhamdulillah dari kejauhan. Semoga dirinya sentiasa dilindungi dan perjuanganNya diberkati dan dirahmati Allah..dan juga semoga jalan yang dicari selama ini telah ditemui. ;). Semoga dia terus tabah dan kuat menghadapi ujian Allah ini.

Saturday, May 19, 2012

Rakan Blog Baru..very nice blog ;)

Saja bosan2,terjumpa nice blog..actually tgh google benda lain..tapi terjumpa nice blog nie plak.
sila klik di sini yer

KONWA??SINGER??BROTHER??

Akhirnya cek tak jadik p kelas menjahit pun..kepala berdenyut gila n still feel2 demam lagik...tapi terpaksa bangun jugak demi memenuhi tuntutan tugas bermula kul 8 pg hingga 5 ptg..last2 after lunch ajak kak eren dan kak norita g survey mesin jahit..ilang sakit kepala..;)..

Akhirny KONWA menjadi pilihan..kenaper.??sbb cikgu I pun pakai KONWA..hehe..
so sesiapa yang berminat boleh contact i yer..bleh dapat harga termurah di pasaran..;)

jadi beginilah seadanya :


KW-1390

High Speed, 1-Needle, Lockstitch Sewing Machine
  • Sewing speed: 5500s.p.m.
  • Stitch length: 5 mm
  • Voltage: 240V
  • Presser foot lift: By hand = 6 mm, by knee = 13 mm
  • Needle: DB X 1
  • Hook: Automatic-lubricating full-rotary hook
  • Lubrication: Automatic
  • GW / NW: 32Kg / 30Kg
  • Packing size: 605 X 235 X 460(mm)



Friday, May 18, 2012

Kelas Menjahit

tak buat homework lagik..sok ada lagik kelas..mata dok meleleh nie,menguap nyer pasal.badan pun feel2 nak demam..
mau survey mesin jahit lagik..konwa or singer ? ke kpop?uit..
kotak bekas alat2 menjahit dah beli..jusco tgh ada sale..memandangkan org ramai padat giler n nak tgk baju pun tak nampak baju so i capai ja barang nie.semangat sket nak menjahit..;)





Kelas menjahit nie siap ada sijil lagik.kat Precint 8.cikgunya Kak Wan from Kelantanese..macam mak2 je ngajar..very the friendly and straight. Tapi best dia ngajar sebab awal2 lagi dia tekankan dia mengajar kerana Allah dan sampai pandai..

Dah nak masuk kelas kelima. Minggu lepas belajar memotong kain untuk baju kurung,esok maybe baju kedah dan jubah..tak masuk lagik kebaya..Aigoo..dah la very the pantas kak wan ni menggunting..I for the first time kenal itu gunting kain..mesin jahit pun tak pernah pegang. Dulu masa kelas ERT, hantar cina depan umah tu tolong potong.hehe.

Harap2 esok berkat lah Ilmu ku..Aduss ..harus ke pejabat jua..