Monday, May 27, 2013

Hampir berabuk

Assalamualaikum,

Hampir sebulan blog ni dah nak berabuk, kekangan masa?takla jugak,kering idea? banyak benda nak diluahkan.
cuma satu..takde mood..;) dan teralit buat benda lain.

Semoga hari ini akan menjadi satu titik permulaan untuk mengaplikasikan sifat istiqamah, dimana itulah salah satu kelemahan saya. Semoga Alla sentiasa memberkati waktu kita supaya waktu dan masa yang ada tidak menjadi sia-sia.

Alhamdulillah, hari ini seolah-olah mendapat semangat baru setelah bertemu dengan Dr.Zul dalam masa hampir 2 jam.hanya dengan mulakan langkah pertama. dan jadikan setiap hari seolah - olah hari yang terakhir dengan melakukan perkara yang terbaik dan terhebat.

CCC.
Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam

Thursday, April 18, 2013

Khilaf by Fachreza

Assalamualaikum,

Just nak update lagi satu lagu yg terdengar kat IKIM..very soothing and calminng rejoice juice...thanks to link http://liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/6217/fachreza-khilaf.html

for the lyrics :

Seringkali hatiku resah

Tanpa kuingat namaMu ya Allah

Seringkali hatiku gundah

Melupakan diriMu ya Allah


Hati kecil tak mungkin berbohong

Dalam hening aku berkata


Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya

Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia

Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu

PadaMu ya Allah



Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya

Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia

Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu

PadaMu ya Allah



Seringkali hatiku resah

Melupakan diriMu ya Allah



Hati kecil tak mungkin berbohong

Dalam hening aku berkata


semoga kita sama-sama menghayati lirik ini :)
cau cin cau

Monday, February 11, 2013

Kerana Lagu itu..

Assalamualaikum,

Menulis sambil mendengar ceramah daripada Ustaz Pahrol,jauh lagi perjalanan rasanya..banyak lagi yang kena belajar,yang pasti dah banyak diam sekarang..namun dalam mencari ketenangan diri,lagu itu muncul kembali, lagu yang mengingatkan kembali kenangan pahit, masih terasa kesan di hati..

Lagu itu mengingatkan bagaimana diri ini tercampak tercongok di bawah tiang lampu menunggu adik balik sementara menunggu lagu itu siap dirakam,

Lagu itu mengingatkan terpaksa menumpang rumah adik sehingga dijemput pulang pada jam 5 pagi,

Lagu itu mengingatkan diri ini sentiasa dibiarkan kesunyian dan keseorangan.

Lagu itu mengingatkan bagaimana diri ini tidak dihargai dan diketepikan.

Lagu itu mengingatkan betapa pentingnya lagu itu sehingga tanggungjawab yang wajib diabaikan.

Lagu itu mengingatkan diri ini menjadi sasaran kemarahan,maki hamun dan diabaikan.

Secara jujurnya, hati ini mendoakan semoga dia berjaya dengan lagu itu walaupun diri ini tersiksa jiwa dan batin,kerana ku yakin lagu itu hasil daripada nukilan yang ikhlas..pembawaan hanya daripada manusia yang khilaf mengenai tanggungjawab yang satu dan berkaitan pemahaman mengenai tanggungjawab seorang pemimpin keluarga.

Namun secara jujurnya juga, diri ini langsung tidak boleh mendengar lagu ini, kerana ia hanya mengingatkan dan membangkitkan trauma kisah lalu.

~~ monolog dinihari.

Saturday, February 9, 2013

Happy Chinese New Year 2013

Assalamualaikum,

Esok dah Tahun Baru Cina..bangun pagi-pagi tadi terimbas sekejap memori lalu, cepat-cepat istighfar. yang berlalu biarkan ia berlalu.So hari ini kemas rumah biar kasi tip top then jalan - jalan balik kampung..rindunya..dah lama tak balik kampung..tak sabar nak berkelah kat bukit..bila diingat kembali, harapan untuk berkelah bersama - sama rupanya tidak tercapai..takpelah yang penting nikmat menikmati ayam panggang dengan angin sepoi - sepoi bahasa..best2..

Yang pasti rindu pada mak dan abah dapat dilepaskan..dan dapat juga anak buah kesayangan .farisha..dah seminggu lebih tak jumpa..

Kepada kawan - kawan yang berbangsa cina, diucapkan selamat menyambut tahun baru cina..semoga selamat perjalanan pergi dan balik ke kampung halaman masing-masing.

cau cin cau..

Thursday, February 7, 2013

update...update

Assalamualaikum,

Baru perasan dan lama dah perasaan lama tak update blog..sebabnya:
  1. menyampah kat notebook,pertamanya tikus takdak,pastu slow..haish.nak beli ultrabooks tak cukup bajet lak.
  2. takde masa...sebab skang ada ulangan Merlin season 1..jadik fokus adalah amat penting pada saat itu.
  3. kat opis pun sibuk..haha..tak sempat..jadik selamat la harta opis utk kegunaan peribadi.

Sekian,terima kasih..nanti dah format notebook mungkin best sket nak update.

Saturday, January 19, 2013

My New Project for 2013

Assalamualaikum,

My weekends yang very the bz the wuzy...pagi2 sesudah subuh ke kepong,kidnap cik kiah minta temankan ke Majlis Temu Mesra bersama Suzana Ghazali  Nasib baik cik kiah pun berpuas hati ke majlis itu..
Antara perkara berbangkit dalam majlis itu ialah penubuhan NGO untuk membantu sahabat - sahabat yang lain dan penubuhan Koperasi untuk mengumpulkan dana yang menampung program - program dan aktiviti - aktiviti yang akan dilaksanaka nanti. Saya menjadi sebahagian perintis dan dilantik sebagai Bendahari..mak suka..haha..kira duit..

Dah selesai tu, lepas hantar cik kiah, singgah di Zenth Spa then rushing balik rumah antar makanan kat adik..tapi tak sempat, sebab dia dah pi kerja. So lepas solat jumpa Datin lak, buat majlis penyerahan hadiah kahwin di gerai2 depan Uniten makan laksa..haha.Untungla depa ada laki.

Balik penat gila,cam nak tidur,tapi nak kena buat nasik goreng..azam tahun 2013 is tak nak tangguh2 dah..ayuh terus gerak pantas ke dapur. Dia tak makan pun,penat cek..

Esok volunteer majlis Khatam Quran kat masjid near MPI anjuran Pusat Pengajian Tahsin Bestarti, pastu wat facial kat Aster Spring..dan selanjutnya harus kemas rumah macam nak duduk 10 orang..haha..

~~mengong~~

Wednesday, January 16, 2013

Tetamu Senja ~ A. Samad Said



Assalamualaikum,

Sekadar nak berkongsi sajak ini. Kali terakhir saya baca genre sajak ini masa kat sekolah saja rasanya.  Tapi bait-bait sajak ini ada sesuatu untuk dikongsikan. semoga kita mendapat manfaat bersama - sama.

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

Cau Cin Cau





Tuesday, January 15, 2013

The Sounds Of Music

Assalamualaikum,

Sesetengah mungkin tahu pasal filem ini, dan ada yang setengahnya tidak pernah tahu pasal filem ini. Judul filem ini mengingatkan pernah saya membuatkan seseorang tersentap.  Mungkin kerana reaksinya yang provokasi maka dengan secara tidak langsungkan menyebabkan tindakan refleks saya memberikan respon yang menyentap emosinya.

Kenapa tetiba teringat judul ini lantas menyentak memori masa lalu. Sebabnya dalam masa 2 hari ini saya membaca blog AzSamad, penyanyi jazz anak lelaki kepada Pak Samad. Kenapa saya baca blog anak Pak Samad ini ?Kerana saya telah membaca buku 'Pak Samad dari kaca mata kami'. Tetapi Az Samad tidak menulis di dalam buku itu. Yang menarik perhatian saya ialah tulisan daripada Taheera Rosheena yang menyebabkan saya mencari maklumat berkaitan di sebalik nama ini melalui enjin carian Google.Kenapa saya tertarik dengan nama ini? Kerana saya kagum kenapa wajah yang tampak muda ini boleh mengenali Pak Samad, seorang sasterawan negara yang amat saya kagumi dan hormati sejak saya mengenal karya Pak Samad melalui novel Salina malah selalu mengikut perkembangan beliau dan masih tidak lupa figura beliau ketika terserempak di KLCC. 

Hasil carian atas nama Taheera Rosheena nie menghubungkan saya dengan blog Az Samad ini dan tahulah saya beliau adalah seorang penyanyi jazz dan pernah membuat persembahan di No Black Tie dan artikel dari The Star menceritakan mengenai persembahan beliau dan salah satu petikan artikel itulah yang mengaitkan dengan lintas langsung ingatan terhadap judul filem The Sounds Of Music. :

'From playing a reggae-infused interpretation of The Temptations’ My Girl to playing a Dave Brubeck Quartet tune that’s set to a Malay asli beat, to an energetic version of My Favourite Things from the Sound Of Music, the trio aims to take the audience on a musical adventure'

Jujurnya saya tidak pernah melihat filem ini sejak kecil tidak seperti mana kanak - kanak lain termasuk dia.  Maka agak tersentuh emosi apabila dia menunjukkan reaksi rasa terkejut kerana saya tidak pernah melihat filem ini lantas memaksa saya mengeluarkan perkataan dan reaksi muka yang menggambarkan hati saya ketika ini. Walaupun hanya menyebut "tidak semua yang melihat filem ini ", mungkin kerana nada saya agak kasar ataupun tampilkan reaksi muka yang tertekan menyebabkannya terasa hati dan tersentap.

Tetapi jauh di sudut hati saya, saya rasa bersalah walaupun langsung tidak terniat untuk mengecilkan hatinya tetapi saya faham perasaan bagi seseorang yang menjadikan filem ini sebagai salah satu sumber inspirasi dalam hidupnya.  Mungkin tindakan saya seolah - olah memperkecilkan filem ini dan sewajarnya ketika itu saya harus menunjukkan sokongan terhadap minat dan jiwanya.Namun saya terdidik dengan sikap telus dan transparensi di mana apa yang yang bersarang di hati akan terpapar di wajah yang comel ini..kih kih.Cuba anda berada di tempat saya, di mana kita terasa diperlekehkan bila seseorang menunjuk reaksi seperti itu. Mungkin bukan niatnya. Itulah saat di mana kita tentukan samada reaksi luaran mempengaruhi emosi dalaman kita ataupun emosi dalaman kita mempengaruhi reaksi luaran kita. Di situlah pentingnya jiwa yang tenang untuk memainkan peranannya yang menghasilkan suatu keadaan yang positif.

Namun begitu,In shaa Allah, perkara - perkara ini dijadikan pengajaran dan kesedaran untuk masa hadapan. Saya akui jiwa ketika itu tidak di berada di dalam level yang tenang. Yang ada ketika itu ialah sifat memberontak cuma belum sampai tahap nak join mana - mana perhimpuan demonstrasi

Kenapa saya tulis cerita ini? Kenapa saya mengimbas semula kenangan lama yang memeritkan? Kerana kenangan - kenangan inilah salah satu punca yang mengajar saya dan menjadikan satu ingatan untuk bermuhasabah diri untuk menghapuskan rasa menyesal malah berusaha menjadikan diri lebih baik pada masa akan datang.Maka dengan harapan luahan cerita ini dapat meringankan rasa menyesal sebelum ini dan akan sentiasa menjadi peringatan.

 Cau CIn Cau.





Friday, January 11, 2013

Alhamdulillah..Segalanya dipermudahkanNya

Assalamualaikum,

Tanggal 10 januari 2013, terungkailah segala kerumitan yang ditanggung selama ini..Alhamdulillah, syukur..segala beban yang ditanggung selama 23 bulan sebelum ini terasa ringan sekali.  Hanya kenangan manis bersama tetap disimpan untuk melenyapkan segala kebencian dan marah yang pernah bersarang. Pesan Ustaz Pahrol  "jangan biarkan pengalaman silam memmberikan kita sakit 2 kali.. Pertama sebab pengalaman itu sendiri dan kedua mengingati semula pengalaman itu " .(lebih kurangla ayat dia)..

Selepas ini hanya untuk mereliasasikan perancangan untuk bermuhasabah diri dan mencari keredhaan Allah dan mencari cinta dan kasih sayang daripadaNya semata - mata dan susun atur satu persatu untuk diri sendiri serta keluarga tercinta. Segala pengalaman lalu dijadikan pengajaran.

Syukur Alhamdulillah kepada keluarga serta teman-teman rapat yang sentiasa memberikan sokongan moral,panduan,bimbingan serta nasihat untuk terus maju ke hadapan.


Cau Cin Cau

Tuesday, January 8, 2013

Projek terbaru : Telekung Kanak-Kanak

Assalamualaikum,

Tadi tengah breakfast dengan Aini, dia tunjuk hasil telekung dia buat untuk Aleeya ,anaknya yang berusia 5 tahun. Jadi I teruja nak buat telekung untuk anak menakan I Nur Najjah Najwa Balkis yang baru masuk darjah 1 tahun ini. Nak kena cari kain dan barang2 lain lepas ini memadangkan kelas sambungan untuk kain baju kurung terpaksa ditunda sehingga minggu depan. thanks to Aini memperkenalkan blog makcik Rehan dan mengalihkan minda dari fikir  benda-benda yang tak memberi faedah



Thursday, January 3, 2013

Bila FB menjadi penyampai mesej

Assalamualaikum.

Just nak share..sekarang nie FB or twitter dah menjadi satu medium untuk sesi luahan perasaan yang tiada sempadan..samada marah,kecewa, sedih dan gembira.  Semuanya mahu dilonggokkan kepada 'wall' masing- masing..

Biarpun tidak gembira atau marah kepada pasangan masing-masing,individu yang berkenaan sudah tidak fikir kewajaran mengenai perkara tersebut..

Sebagai contoh, cuba bayangkan, perasaan tidak puas hati bagi mesej yang dihantar,dijawabnya di wall FB sendiri, menarik perhatian ramai orang yang membacanya, konon nya dialah yang teraniaya.  Status di FB menjadi satu medium untuk menarik simpati orang yang membacanya.walaupun orang yang berkenaan telah diblock dan takkan nampak sebarang yang telah diupdate di wall nya..namun menunjukkan setinggi tahap mana seseorang itu mengendalikan sesuatu situasi.

Perkara kecil akan menjadi besar, hanya dengan satu mesej..jika soalan yang ditanya secara baik, apa salahnya balas mesej itu secara personal ..just 2 words or 1 word at least..and the sender have no more to ask..

~~ mode: tak paham dgn manusia zaman canggih sekarang.
NotetoMyself
Cau cin cau.