Friday, December 10, 2010

part II

Alhamdulillah..sukses masak sayur putih petola..tapi CAYAAAQQQ...huhu..nie la masalahnya kalau melibatkan santan..i tak tau nak handle..insyaAllah next time, skill will be upgraded..
gambaq tak dan nak amik..my hubby layan semacam ja..
pasni solok lada?ermm..

Thursday, December 9, 2010

masak sayur putih petola..

semalam kak mimi datang mengurut setelah sakit badan mengangkut barang2..then tanya if dia tau resipi kelantanese..so dia bagi satu resipi nie..masak sayur putih petola..huish 1st time dengar..so try jelah as long hubby memang suka makan2 makanan kelantan..lebih kurang camni resipi

2 biji bwg merah
1 biji bwg putih
sikit lada hitam..
santan suka hati
sekor ikan kembung/ikan sardin boleh gak kot

cara2:
1.rebus ikan
2.tumbuk dengan bawang merah/putih n lada itam
3.masukkan ke dalam santan
4.nyalakan api..then kacau jgn sampai org kata pecah lemak(rasanyala kot)
5.mendidih, masukkan garam n gula..
6.last baru masukkan petola

harap2 menjadikla untuk dijadikan sajian pada malam nie..

Thursday, August 19, 2010

drama spektra cum realiti

Salam Ramadhan..(even rasanya ku tahu takdak sapa pun baca blog nih..hihi)

It's not about drama tapi satu realiti yang kita tak sangka yang akan berlaku seperti drama2 spektra di tv.  Hati, jiwa dan fizikal seorang ibu tua, ibu tunggal disakiti...kepada bakal yg menjadi ahli keluarganya tempat beliau meluahkan rasa. Akibat perbalahan antara anak dan menantu, si ibu menjadik mangsa..kesanya sehingga terseliuh kaki beliau. Anak yang baru nak mencecah umur setahun menjadi saksi..jeritan dan tangisan bertambah setiap kali si bapa memukul ibu..Sikap keras hati dan panas baran menjadik punca perbalahan ketika hendak menjamah hidangan berbuka puasa.

Puncanya hanya seketul ayam, si suami tidak berpuas hati kerana makanan yang tidak mencukupi manakala si isteri merajuk disebabkan ditegure suaminya lalu membawa pinggan masuk ke dalam bilik. Si ibu tua cuba menegur tapi terdiam apabila anak perempuan kesayangannya mengherdik balik si ibu tua supaya suruh diam dan jangan masuk campur..Luluh hati seorang ibu..Disebabkan desakan anak dan menantu la si ibu menjejak kaki ke rumah mereka semata-mata untuk mengasuh bayi mereka..sedangkan kudrat si ibu sudah tidak sekuat dulu, namun digagahkan juga untuk menjaga hati si anak dan mengenangkan cucu.

Malangnya hati si ibu disakiti lagi untuk kesekian kalinya.Si ibu pun mengemas baju dan segala barang untuk keluar dari rumah mereka dan hendak pulang ke rumahnya. Tetapi si menantu telah menarik kaki si ibu dan menolak ke dalam rumah sehingga terseliuh kakinya..

Manakala si isteri teruk dikerjakan oleh si suami.Dihentak, dihenyak ,dipukul dan segalanya hingga puas hati si suami. Si ibu tidak mampu berbuat apa-apa. Beliau menjadi serabut dan tidak tahu untuk meminta pertolongan daripada sesiapa.

Tidak tertanggung dengan kekusutan jiwa, si ibu menghantar mesej kepada bakal menantunya. Beliau tidak mampu beritahu kepada anak-anaknya yang lain bimbang masalah lain akan terjadi. Si bakal menantu menjadi risau dan sedih mengenangkan nasib bakal mertuanya dan tertekan kerana tidak mampu berbuat apa memandangkan dia berada jauh dari si ibu. Tambahan pula anak si ibu sibuk sangat-sangat dan tidak boleh diganggu.

Si ibu mencari jalan untuk melepaskan diri daripada rumah tersebut sementelah si menantu membawa lari cucunya. Anak perempuannya menggagahkan diri juga ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. Menjadi masalah bagaimana si ibu hendak membawa pulang kereta anak perempuannya. Jika tidak kereta tersebut mungkin akan disimpan oleh si menantunya dan sukar untuk mendapatkan kembali.Si bakal menantu sama-sama mencari jalan bagaimana hendak menolong si ibu. Si bakal menantu cuba meminta pertolongan daripada kawan karib anak lelaki si ibu. Tetapi malangnya si kawan tidak dapat menolong.

Akhirnya si ibu pasrah pulang ke rumah menaiki teksi, dan ingin meminta pertolongan jiran di kampungnya untuk membawa pulang kereta tersebut. Si ibu bernasib baik kerana jiran sudi membantu. Sebaik sahaja si ibu sampai di rumahnya, terus beliau bersama jirannya kembali ke rumah menantu untuk memgambil kereta tersebut. Nasib menyebelahi mereka kerana tidak terserempak dengan menantu yang tidak waras itu.

Si ibu sempat berbuka puasa di rumahnya, hati si ibu kembali sedikit tenang walaupun susah hati kerana cucunya dilarikan..Cukup setakat ini..

Tuesday, June 15, 2010

eloooo....so?!!!

smlm sempat chat wit one of my fiance's sis..(ermm..not sure brapa org yg dia ada)..lebih kurang camnie la..
that girl : " tadi ada ur fiance call.."
me : "ermm..oklah..at least dia ada kol le jugak..kiter takde la plak dia nak kol"
that girl : "dia tanya naper lama tak kol dia, "
me :(hrmm..ok..)
that girl : "tupun dia ada hal nak tanya pasal keja, at least akak ada jumpa dia jugak kan"
me :(hrmmmm...so??pesal nak compare lak kitorang ada jumpa ke tak dgn diorang yang jarang
jumpa,ada kena mengena ker.. n wat reason dia nak inform yg that girl terima call for
him,plz lah..)
~~ a bit confuse..pekehei....