Thursday, August 19, 2010

drama spektra cum realiti

Salam Ramadhan..(even rasanya ku tahu takdak sapa pun baca blog nih..hihi)

It's not about drama tapi satu realiti yang kita tak sangka yang akan berlaku seperti drama2 spektra di tv.  Hati, jiwa dan fizikal seorang ibu tua, ibu tunggal disakiti...kepada bakal yg menjadi ahli keluarganya tempat beliau meluahkan rasa. Akibat perbalahan antara anak dan menantu, si ibu menjadik mangsa..kesanya sehingga terseliuh kaki beliau. Anak yang baru nak mencecah umur setahun menjadi saksi..jeritan dan tangisan bertambah setiap kali si bapa memukul ibu..Sikap keras hati dan panas baran menjadik punca perbalahan ketika hendak menjamah hidangan berbuka puasa.

Puncanya hanya seketul ayam, si suami tidak berpuas hati kerana makanan yang tidak mencukupi manakala si isteri merajuk disebabkan ditegure suaminya lalu membawa pinggan masuk ke dalam bilik. Si ibu tua cuba menegur tapi terdiam apabila anak perempuan kesayangannya mengherdik balik si ibu tua supaya suruh diam dan jangan masuk campur..Luluh hati seorang ibu..Disebabkan desakan anak dan menantu la si ibu menjejak kaki ke rumah mereka semata-mata untuk mengasuh bayi mereka..sedangkan kudrat si ibu sudah tidak sekuat dulu, namun digagahkan juga untuk menjaga hati si anak dan mengenangkan cucu.

Malangnya hati si ibu disakiti lagi untuk kesekian kalinya.Si ibu pun mengemas baju dan segala barang untuk keluar dari rumah mereka dan hendak pulang ke rumahnya. Tetapi si menantu telah menarik kaki si ibu dan menolak ke dalam rumah sehingga terseliuh kakinya..

Manakala si isteri teruk dikerjakan oleh si suami.Dihentak, dihenyak ,dipukul dan segalanya hingga puas hati si suami. Si ibu tidak mampu berbuat apa-apa. Beliau menjadi serabut dan tidak tahu untuk meminta pertolongan daripada sesiapa.

Tidak tertanggung dengan kekusutan jiwa, si ibu menghantar mesej kepada bakal menantunya. Beliau tidak mampu beritahu kepada anak-anaknya yang lain bimbang masalah lain akan terjadi. Si bakal menantu menjadi risau dan sedih mengenangkan nasib bakal mertuanya dan tertekan kerana tidak mampu berbuat apa memandangkan dia berada jauh dari si ibu. Tambahan pula anak si ibu sibuk sangat-sangat dan tidak boleh diganggu.

Si ibu mencari jalan untuk melepaskan diri daripada rumah tersebut sementelah si menantu membawa lari cucunya. Anak perempuannya menggagahkan diri juga ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. Menjadi masalah bagaimana si ibu hendak membawa pulang kereta anak perempuannya. Jika tidak kereta tersebut mungkin akan disimpan oleh si menantunya dan sukar untuk mendapatkan kembali.Si bakal menantu sama-sama mencari jalan bagaimana hendak menolong si ibu. Si bakal menantu cuba meminta pertolongan daripada kawan karib anak lelaki si ibu. Tetapi malangnya si kawan tidak dapat menolong.

Akhirnya si ibu pasrah pulang ke rumah menaiki teksi, dan ingin meminta pertolongan jiran di kampungnya untuk membawa pulang kereta tersebut. Si ibu bernasib baik kerana jiran sudi membantu. Sebaik sahaja si ibu sampai di rumahnya, terus beliau bersama jirannya kembali ke rumah menantu untuk memgambil kereta tersebut. Nasib menyebelahi mereka kerana tidak terserempak dengan menantu yang tidak waras itu.

Si ibu sempat berbuka puasa di rumahnya, hati si ibu kembali sedikit tenang walaupun susah hati kerana cucunya dilarikan..Cukup setakat ini..

No comments: