Wednesday, July 25, 2012

Hidup Dalam Bersyukur

Hari ini, hari kelima Ramadhan. Dalam suasana yang panas dan tegang,  akhirnya minda mengarah untuk mencari sesuatu yang dapat menenangkan diri. Daripada semalam, mendownload rakaman Prof.Dr.Muhaya di radio IKIM,dan hari ini mendengar secara langsung siaran Islam itu Indah. Subhanallah, Alhamdulillah, bersyukur kerana terasa hikmahnya di atas segala ujian yang dihadirkan Allah. Benar Allah Maha Penyayang. Terima kasih,Allah dan juga terima kasih kepada dia kerana marah pagi -pagi, kerana mendetikkan hati untuk mendengar radio IKIM pada pagi ini kerana merasa tertekan sangat-sangat.  Apabila dah dengar, baru saya sedar kerana selama ini terlalu fokus masalah yang dialami sehingga tertutup rasa bersyukur dengan nikmat ALLAH.

"Biar orang nampak buruk kita,tapi mereka tidak tahu baik kita daripada orang nampak  baik kita tetapi tidak nampak buruk kita". - Prof.Dr.Muhaya

Sunday, July 22, 2012

Ipoh Old Town White Coffee

Assalamualaikum,

Ini kisah mak Jemah..part berapa tak tau, tapi boleh la susun atur bila complete nanti.

Hari kedua sahur,terlewat setengah jam.kunci jam 4.30 pagi. Nasib baik set alarm kat 2 handphone.atleast 1 tu berfungsi la. Sempat panaskan nasi dan lauk. Hanya sambal ikan bilis dan ayam black pepper lebihan berbuka puasa semalam. Cukuplah untuk makan berdua. Nak bancuh air panas rasa tak sempat. Serius tak tau waktu imsak.cuma ingat 5.30 stop makan. tapi yang pasti Subuh 5.50 pagi. Jadi bancuh 3 in 1 Ipoh Old Town White Coffee, terasa nak bancuh untuk 2 cawan, tapi kejut dia tak bangun lak, kang membazir. Ermm takpelah, bancuh secawan, kang kalau dia bangun, bagi jelah air tu.Kita tak pe tak minum.

Dah 5.15 pagi, tapi still tak bangun lagi. Dengan menggunakan konsep 5.30 pagi stop makan, I start dulula.Dengar -  dengar bunyi air kat bilik air. Sah dah bangun dia. Jadi cepat - cepat basuh tangan dan hidangkan dia nasi. Nasib baik memang dah tersedia untuk dua orang makan.  Punyalah kecut perut, takut kena marah lagik mungkin kali ini kes tak tunggu. Yalah, kejut dua kali, macam dok marah ja.

Dan makanlah kami berdua dalam keadaan suasana yang hening dan sunyi sepi dengan secawan Ipoh Old Town White Coffee dan air masak.  Selesa makan, ku offer dia air tu. Seperti biasa, memang dia tak endahkan suaraku terus dia berlalu ke dapur untuk basuh tangan dan masuk bilik air. Ermm ..oklah,jadiku habiskan air minuman itu daripada membazir. Tengok jam dah 5.30 pagi.

Tiba -  tiba, sejurus dia keluar bilik air,dia merenung air yang berisi 3 in 1 itu dah kosong.  O o..habislah.yang dia buat bodoh tapi apsal, kang dah habis. Jadi cakap pada tia, takpelah,saya buatkan lagi. Tapi dengan suara yang paling lembut dia berkata "TAK PAYAH!!!".

Ku terus ke dapur, dan dok dup dap dup dap..buat ke tak..buat jelah..kang kalau dia tak nak,letak dalam peti sejuk. Maka,I pun bancuhlah air tu dan hidang kepadanya. Nah hai..kan dah kena sembur, dikatanya ku degil. Ya Allah, aduss.. dia dah mengamuk. Ya Allah tak bersyukur kah dia, atau benci sangatkah dia kepada ku. Benda ini tak kan terjadi, kalau dia cakap elok-elok dan tak abaikan suaraku.  Aku hanya ingin berikan yang terbaik kepada dia walaupun 3 in 1 sebab dia merenung tajam kepada cawan yang kosong tadi.  Sebenarnya sama saja, buat atau tak, kalau tak buat dia akan ungkit yang aku telah minum air yg ditawarkan kepadanya. 

Lepas dia  marah, dia cakap."Sudah!!aku tak nak dengar, tulis macam - macam minta maaf sema bagai,pergilah sambung kerja kau". Yes!! Aku adalah orang gaji yang tidak berbayar...


~~at least I minta maaf jugak, dia ada?(kata mak jemah dalam hati)

Thursday, July 19, 2012

Fruit Salad

Ok..pasnie dah nak start diet..since hubby pun tak nak makan malam..
lalu tak lalu kena makan gak..mind set tuh
Bahan-bahan
40gm lettuce
30gm tomato yang dipotong ala wedges
30gm timun
10gm hirisan bawang
30gm lada benggala (capsicum)
10gm daun parsli
50gm sos Thousand Island
Cara Penyediaan
  1. Rendam salad ke dalam air.
  2. Bubuh sedikit ais untuk menjadikan salad rangup.
  3. Untuk hidangan, tosakan salad tadi ke dalam mangkuk.  Tuangkan sos dan kacau sehingga sebati.
  4. Hiaskan dengan daun parsli.
Info Kesihatan
Daun salad merupakan penawar kepada masalah insomnia.  Salad kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink.

Lirik Lagu Maha Melihat

Kredit kepada pencipta lagu dan penulis lirik lagu ini.  Menusuk ke kalbu..huhu..

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau yang Maha Mendengar

Kau yang Maha Melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyayang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus s'galanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

Mission Not Completed

Sesi Bootcamp akan berakhir esok.semalam tak pergi. Isnin pun tak pergi. walaupun semangat tahap gaban. tetapi tak dapat pergi. alasan. takde transport. rela ku korban kepada tok laki untuk dia mencari sesuap nasi untuk kami.dan mungkin sedikit belas ikhsan daripadanya untuk melihat ku dengan wajah yang manis. Lagi bermakna daripada sebalik ingin menjadikan tubuhku slim semula. tapi...

Wednesday, July 18, 2012

Membentengi Rumah dari Syaitan

Untuk perkongsian.

Diharap sama -sama dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi.  Semoga rumahtangga kita semua dilindungi Allah daripada gangguan Syaitan dan Iblis. Untuk lebih lanjut sila klik link dibawah.
Membentengi Rumah dari Syaitan

Beza antara Isteri, Orang Gaji dan Hamba


Jika dilihat secara kasar ;
Orang Gaji di bayar secara bulanan untuk mengemas,membasuh dan memasak.kalau tak puas hati boleh marah -marah. Tetapi majikan pun kena hati - hati jugak takut dorang larik
Hamba - membuat kerja yang sama, tetapi tidak mendapat apa-apa(ada lagik ke sekarang? kecuali herdikan jika ada pantang salah sedikit pun)

Isteri - membuat kerja - kerja yang sama juga (itupun tidak diwajibkan) dengan penuh keikhlasan tetapi dibalas dengan kasih sayang seorang suami.Give and take gitu.

Bagaimana dengan nasib isteri - isteri di luar sana yang telah penat bekerja, malah balik masak, mengemas rumah, membasuh pakaian dan menunggu suami mereka pulang tetapi yang dapat hanyalah tengkingan dan herdikan.silap banyak kena pukul lagik. 

Di mana tanggungjawab sebagai pemimpin dan khalifah yang dianugerahkan Allah. Lupakah mereka? Jika hendak membimbing isteri, ambillah sunnah Rasululllah terang dan jelas jika ingin mendapatkan isteri sebaik Khatijah.Jika tidak mampu menandingi Khatijah,didiklah dengan berhemah supaya tidak berterusan membebani si suami dengan dosa - dosanya.

Mengapa hendak berkahwin jika tidak mampu melunaskan tanggungjawab? Jika tidak mampu kenapa tempiaskan kemarahan kepada orang terapat?

Kesian.

Ribut

Assamualaikum,

Ini kisah mak jemah lagik
~~~
Alhamdulillah..pergi kerja dengan tenang pagi ini. Usai solat sunat tido kejap.terlupa lak nak bangun awal nak goreng cempedak..dah bangun 6.30 pagi alamatnya taklah..nasib baik baju yang masih muat dah beriron dan baju kerja tok laki pun dah iron. Lihat dia tertidur di sofa..ermm mungkin dia penat..
Ya Allah tabahkanlah dan kuatkanlah hati ku ini. Engkau yang Maha Pelindung, aku berlindung denganMu daripada perasaan rasa dianiayai dan dizalimi.

Jadi, pagi ini I drive sendrik ke pejabat with my lovely KBU..ermm bau asap rokok..again..Ya Allah, Engkau yang Maha Penyabar,sabarkanlah hatiku.

Mesej kepadanya with dengan segala perasaan syahdu..semoga akhirnya kami disatukan dengan perasaan cinta dan sayang dan bersama-sama melangkah selari dan seiring menyusuri alam rumahtangga yang diredhai dan diberkati Allah.

Dia hanya membalas ada assignment.Cepat sikit!..Oh ok..cepat-cepat keluar sekejap.takut si dia lambat ke tempat tugasan.  Ermm..mukanya? Ok.dia tertekan sebab dah lewat agaknya, semalam pun dah penat balik lewat.  Tapi terkejut badak bila masuk-masuk jer keta kena marah-marah. Terlepas juga kata "kenapa sampai nak marah-marah".Serius, bila fikir kronologi, tiada punca dari semalam. I dah masak nasik,rumah berkemas setakat seadanya(seriously,i'm not perfect with this).Ermm oklah..dia nak marah..biar je lah.

Just apologize to him, sebab tak tahu dia ada tugasan seawal pagi.bila nak tanyanya..kang kejut kena sembur.tanya nak hidang makan pun dah kena sembur.Baik I berdiam diri sahaja daripada bercakapa membuatkan orang marah.

Back then kat opis, saja godek - godek the tweet twitter(I'm not stalker ok..I'm just looking forward what his activity because weols no communication at all).  And what i've found out..totally very the topsy turvy..he's looking for his colleague to watch the movie together even for work. And what I've got..sembur ja..at least cakaplah supaya mak jemah ni rasa dihormati sebagai isteri..bukan si tukang driver.

ya.Allah Maha Adil..Yakin dan Percayalah..Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Allah takkan biarkan kita teraniaya sebab Allah nak bagi kita ganjaran yang lebih daripada itu.Terima Kasih Allah kerana hadirkan ujian ini, mungkin ini peluang untuk koreksi diriku. Ku rindu rumahMu, Ya Allah.  Mudah-mudahan ku diberikan rezeki untuk mengunjungi rumah Mu suatu hari nanti.

Amin.

Tuesday, July 17, 2012

Ada Rindu di Hati

 Ada rindu di Hati ini..sungguh...Alwez..tapi sukar hendak diluahkan.kerana hanya nampak kebencian yang terpapar di wajahnya..jadi biarlah rindu ini terpendam.

Tetapi rindu pada yang satu tetap Hakiki..rasa sukar ditafsirkan.Setiap detik nafas teringatkanNya..adakah telah menimbulkan marahNya?adakah masih berada dilandasanNya?

Ya Allah, Engkau yang Maha Mendengar, Engkau yang Maha Melihat, Engkau yang Maha Pengampun, Engkau yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, dan Engkau yang Maha Berkuasa di atas segala hamba-hambaMu di langit, laut dan darat, Ya Allah! Jadikan cinta ku dlm mencintainya dan cintanya dlm mencintaiku dan satukan cinta kami dlm mencintai-Mu dan diatas kecintaan-Mu wahai Tuhan Maha Penyayang daripada yg menyayangi

Amin.

Run Job Sukses

Alhamdulillah..akhirnya sukses job semalam yg dah disubmit untuk patches kat seluruh cawangan..tak sia-sia pergi opis jam 1.30 pagi.Walaupun agak ketakutan untuk pergi, terpaksa juga harungi seorang diri memandangkan tok laki tidak dapat menemani mungkin sebab penat pulang daripada pejabat. emm..takpelah..dah well trained for last 3 months period.

Dan pagi ini kelam kabut untuk memastikan job tersebut berjaya dilaksanakan..dan Alhamdullilah..semua job sukses dan RC = 0..haha..sapa tak faham apa benda yang saya buat..baca je la..itupun kalau ada orang baca..kih kih..ok.now i'm going to breakfast.

Monday, July 16, 2012

Taurus Horoscope for today

July 16, 2012

You might not be in your best shape and could feel that nothing goes your way. Don't worry! Friends will support you (thanks my fren..;)

Together with your loved one, you will manage to solve a financial issue.(hah!the hardest things is the word 'together')

Be patient! (yes!!alwez)

Rasa dulu baru cakap,if not please shut up..

Jika anda seorang wanita, dan anda menghadapi apa yang ku alami, rasa apa yang kurasai, adakah anda masih di mana anda berada dan menuding jari kepadaku di atas segala apa yang terjadi?  Anda hanya berada di situ mendengar rintihan dan keluh kesah seseorang di muka bukunya dan pada masa yang sama berfikir sanggupnya aku menyakitkan hati org itu.  Tapi jika anda berada di tempatku, kita akan lihat samada kau masih berada di situ.

Terima kasih Allah, kerana ujian ini menyedarkanku betapa kerdilnya aku di sisiMu dan untuk megejutkan aku yang sedang lalai ini. share from http://ubatjiwa-zatajul.blogspot.com/2011/07/blog-post.html



Shipwreck Beach,Greece

Hari nie dok google2.tetiba ada pop-up tavel advertisement..Masya Allah,Subhanallah..cantiknya..membangkitkan keazaman nak pergi tempat nie suatu hari..apa2pun after dapat tunaikan umrah atau haji..first come first beb..
lihat2..love at first sight...;)  Ni la gambar shipwreck beach kat greece..




more at  http://en.wikipedia.org/wiki/Navagio ...baca sendrik..malas nak tulis panjang..nanti insyaAllah kalau dizinkanNya suatu hari pergi tempat ini, akan diupdate blog ini.


Wednesday, July 11, 2012

Hidup tanpa rangkaian sosial IT

Saya belajar bidang IT selama 4 tahun setengah, dapat degree pastu jadik kerani kilang untuk menampung budget konvo kat UTM itupun cari kerja selepas citer Autumn In My Heart abis ditayangkan kat tv. Kemudian, Alhamdulillah rezeki, ada kakak engineer ini offer jawatan QA senior technician tapi kat kilang lain..just accepted..free and easy time tuh. pada masa yang sama hampir 30 salinan sijil untuk memohon jawatan Pegawai Sistem Maklumat ke merata-rata tempat dan sehinggalah jugak selepas baru sebulan dinaikkan pangkat ke QA Assistant Engineer dengan pertambahan gaji sebanyak RM150 dimurahkan rezeki daripada Ilahi, akhirnya dapat juga jawatan Pegawai Sistem Maklumat tapi kontraklah..tapi juga gaji boleh tahan, oklah..kita generasi Gen X mampu berdaya saing.:)

Dari tahun 1998 hingga tahun 2012,hidup saya memang didedahkan dengan IT,komputer,hardware,software dan sewaktu dengannya..kalau sebelum tu mesin taipla jawabnya..teringat pinjam mesin taip abang sbb nak tulih love letter..mengong..

Kenapa saya pilih IT..sbb saya tak dapat pilihan pertama untuk menjadi doktor, dan pilihan kedua sebagai Akauntan. Yang saya dapat ialah pilihan ketiga iaitu Program Intergrasi Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer..padan muka. sapa suruh banyak main masa sekolah..kekadang terfikir, rugi saja dapat Anugerah Pelajar Cemerlang Kuala Muda/Yan for UPSR tapi gagal merealisasikan otak yang bijak ini..kih kih..

Jadi selok belok IT ini, insyaAllah lah tahu..jadi jangan kelentongla kalau orang tak bagi kita pinjam notebook  sbb dia cakap beratla, ada virusla or tak layan bila kita cakap nak pinjam..c'monlah..segala mak nenek virus pun kita dah hadapi dah ..setakat nak tulih surat dalam word berat kebende.bukan nak hantar assignment.upload gambar boleh pulak.

Tetiba musykil bagaimana orang yang terdedah secara langsung dlm dunia IT adalah seorang yang tidak mempunyai Akaun FB dan Twitter..sebenarnya I tak suka twitter menyemak..Jadi, hanyalah emel penyambung silatulrahim selain WhatsApp dan Viber..tapi semundur mana saya pun, tidak setanding dengan kawan baik saya yang tiada smartphone...kih kih..(kredit to Suzila)..haha..sbb hanya hang sorang pembaca setia blog ini (ataupun dipaksa).