Monday, October 29, 2012

Raya Yang Tak Raya

Assalamualaikum,

Salam Aidiladha..

Rasa cam anak dara sunti tak keluar rumah 3 hari cuti..lepas solat raya, terus balik and kunci pintu sementara mak abah g lapah daging korban..nasib baik mak buat laksa..so makan dengan heavenly..lepas makan tidur pastu makan balik.

Petang cuma tunggu mak marissa jer..ngan anak angkat skalik..
Jeles si Farisha bila mak ngah dia dukung Marissa..habis tu kena riba seorang sebelah kiri dan seorang lagi sebelah kanan..best2..kalau anak sendrik lagik best..ermm..tak tauler nak kata ada harapan ke tak..apa2 pun redha dengan ketentuanNya..mungkin Dia akan hadiahkan sesuatu yang paling manis dan hebat selepas ini.

Pagi sempat ucap salam aidiladha kepada umi dan hanya nak tahu kalau umi berseorangan,bolehlah ziarah umi,kesian pulak nanti raya berseorangan. Tapi tak apalah, dah anaknya balik, so sambung tengok tv dan tidur.Pada Tok di Bujang pun, InsyaAllah bila balik sekali lagi, boleh melawat. Tak tergerak pun hati nak ke mana-mana.Terasa 3 hari cukup lama sangat.

Alhamdulillah, selepas 11 jam mengharung perit lelah di highway utara selatan, sampai juga di rumah.dah agak dah..ingat nak g klinik az-zahrah,nak x ray,tapi malas lak nak gi sorang-sorang,lagipun bukannya I berani pergi klinik kalau sorang2.Esok baru pergi, lepas makya janji nak temankan..Harap2 semuanya getting normal.Banyak nie nak kena check. O lupa ada pulak appointment ngan doctor 1hb Nov nie..just prepare jelah.

Cau Cin Cau.

No comments: