Wednesday, October 24, 2012

Dia

Assalamualaikum,

Wajah yang sama menyapaku sebaik mata dibuka setiap pagi. Bayang-bayang yang sama menemani mimpiku setiap malam.  Rindu yang bertandang disetiap saat..  Alhamdulillah, bahagia yang dirasa walaupun cuma seketika menghalang benci yang mendatang.

Ya Allah,kuatkan lah hati ku dan berikanlah ku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi ujian mu.  Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, ikatan yang terjalin dengan cinta hanya keranaMu dan perpisahan ini juga hanya Kerana Mu ya Allah walaupun masih bersisa cinta dan rindu.  Ku korbankan cintaku dan sayang kepadanya kerana Mu,ya Allah.Maka aku ingin memohon jadikanlah rindu dan cintaku kepada Mu,ya Allah melebihi segala cinta dan rindu pada semua makhluk di muka bumi ini. Limpahilah kasih sayang Mu dan CintaMu menemani sepiku. Hadirkanlah hati - hati yang mencintaiMu menemani perjalanan hidupku.


Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku

Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa

Terima kasih atas segalanya


~~Cinta tidak semestinya dimiliki selagi tidak diizinkan Allah.

Salam Aidiladha.