Saturday, October 6, 2012

JIka itu Kita..

Assalamualaikum,

Sesuatu ujian amat memeritkan jika kebergantungan kepada manusia lebih tinggi daripada kebergantungan kepada Allah. Kita hanya merancang Allah yang menetukan. Kadang2 niat yang disalahertikan oleh manusia namun hanya Allah yang tahu. Yakinlah Allah pasti melindungi kita jika kita benar dan yakinlah juga Allah akan mengajar kita jika salah dalam keputusan itu kerana Dia Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Jalan untuk mendekatinya dengan bertaubatlah dan berbuat baik sesama manusia.

Saya mengaku sebagai manusia yang biasa, yang tak tinggi ilmu agamanya,kadang-kadang tersungkur dengan hawa nafsu dan amarah..cepat naik angin..menyakitkan hati orang lain. Hanya dengan mengingati Allah semoga Dia dapat membimbing dan mendidik hati ini supaya terus disayangiNya. Jika Allah menyayangi kita pasti kita disayangi manusia. Jangan bimbang, teruskan bersandar dengan Allah

Jika semua manusia berfikir sebegini, alangkah aman dan damai hidup kita. Hanya Allah tempat kita mengadu bila terasa dianiayai dan dilayan tidak selayaknya sedangkan hidup orang itu seperti sudah insaf dan menuju ke arah keagamaan.  Kenapakah masik tidak seimbang? Adakah kerana hatinya juga dipenuhi dendam dan amarah dan membiarkan perasaan itu menguasai diri sehingga tidak nampak apakah yang perlu menjadi keutamaannya?

Hidup umpama roda yang berputar, sebagai contoh jika sekarang kita melakunyannya kepada anak orang, tidak mustahil jika orang akan melakukannya kepada anak perempuannya,ataupun saudara perempuaanya sebagai petunjuk dan kasih sayang Allah untuk kita memahami perasaan orang yang pernah berada di dalam situasi itu kerana Allah Maha Adil dan Saksama.

~~Notetomyself~

CIow.

No comments: