Tuesday, March 6, 2012

Motivasi Peralihan Minda Pelajar

hanya untuk berkongsi dengan pembaca sekalian, InsyaAllah saya telah daftarkan adik saya untuk menyertai siri motivasi ini, adik saya merupakan adik yang paling bongsu dan nak kata terlebih dimanjakan pun ya jugak, walaupun lelaki, dia dah terbiasa dengan benda yang dah tersedia.senangnya seperti kami sekeluarga memberikannya ikan dan bukannya pancing. Jadi keadaan ini memang merisaukan memandangkan mak dan abah yang telah menginjak usia, kakak-kakak dan abang - abang nya yang mempunyai kehidupan sendiri.

Oleh itu, sebagai kakak yang rapat dengannya, saya telah berpakat dengan adik beradik yang lain untuk menghantar si pojan ni ke motivasi. Semoga adanya perubahan positif kepada adik selepas ini dengan keizinan daripada Allah memandangkan dia pun nak SPM tahun ini.Amin.

sila klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan motivasi ini.

No comments: