Saturday, October 20, 2012

Perjalanan Yang Terindah

Assalamualaikum,

Ku panjatkan rasa syukur yang tinggi kepada Allah s.w.t kerana telah mengirimkannya menemaniku untuk menyusuri perjalanan yang terindah. Walaupun hanya singkat, namun aku telah berolehi pengalaman dan pengajaran yang tidak ternilai di dalah hidupku malah mendorong untuk ku menjadi muslimah yang sejati dan menjadi insan yang bertaubat selalu atas segala dosa - dosa ku yang lalu.

Walaupun tidak kupinta jadi begini, namun ku percaya dan redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya di masa akan datang Allah menjanjikan sesuatu.

Terima kasih juga kepada dia kerana menjadi seorang yang terlalu istimewa di dalam hidupku yang banyak mengajar untuk aku menjadi manusia yang lebih baik dan menyedarkan tentang kekhilafan aku selama ini.

Banyak kenangan manis yang tersimpan walaupun dalam tempoh yang singkat. Terlalu manis buatku sehingga memadamkan segala kenangan pahit ku.

Ku hanya mampu berdoa semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan menempuh ujian dan dugaan ini berseorangan hanya ditemani oleh Mu,Ya Allah.

ccc.

No comments: