Sunday, October 21, 2012

Back To Normal As Who You Are

Assalamualaikum,

Dipanjatkan rasa sukur kepada Allah kerana masih memberikan nyawa kepada ku untuk menghirup udara di pagi Ahad yang indah. Masih berpeluang bersama dengan keluarga yang tersayang, masih mempunyai ibu dan bapa dan adik beradik serta sahabat - sahabat yang menyayangi serta masih mempunyai pekerjaan untuk mencari rezeki. Syukur atas segala rahmatNya

Tergolek kiri dan kanan atas tilam menyedarkanku bahawa kini aku kembali menjadi aku yang 4 tahun lepas.Menyedarkan hakikat bahawa aku harus melalui hujung minggu yang sunyi di tambah pula di usia di mana semua kawan2 yang telah berkahwin dan akan berkahwin dan ingatan kepadanya semakin bertambah.Apa kebiasaannya di pagi hari,tengahari,petang dan sehingga malam di hujung minggu bersama. Ya walaupun singkat,itu adalah sesuatu yang priceless..Walaupun begitu ku percaya,di sebalik semua ini ada zat yang tersembunyi dan hikmat yang tidak tersangka. it's jus only about time. Maka di sinilah nilai sabar diuji dan dirasai.

Kembali mencari cerita korea,marathon sehingga terlepas lunch,menghadap notebook sehinga lewat mandi,mengemas rumah atau membiarkan barang2 merata -rata(part ini paling mengingatkan diri kepadanya),makan minum depan tv atau keluar melepak dengan kawan2 yang free di hujung minggu sebelum mengaktifkan diri mencari ilmu agama untuk menambahkan ilmu yang kurang dan insyaAllah menjadi muslimah yang dicintaiNya. bukan sengaja untuk melewatkan diri,hanya untuk membiarkan seketika diri ini melayan perasaan.

Demi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Pengampun, aku mohon keampunan atas dosa -dosaku yang lalu dan ku mohon kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Aku hanya seorang hamba yang lemah dan tidak mempunyai kesempurnaan



Wassalam.



2 comments:

Unknown said...

Pahit akan manis akhirnya..InsyaAllah.

Tuan blog telah dipilih menerima ujian dan mendapat peluang semakin dekat dengan Allah..kerana kadang2 kita terlalai juga..**untuk diriku juga

LuVReD said...

Terima kasih yer visitor from penang di atas sokongan anda ;)..eh ehe ada kaki kucing ;)