Tuesday, January 15, 2013

The Sounds Of Music

Assalamualaikum,

Sesetengah mungkin tahu pasal filem ini, dan ada yang setengahnya tidak pernah tahu pasal filem ini. Judul filem ini mengingatkan pernah saya membuatkan seseorang tersentap.  Mungkin kerana reaksinya yang provokasi maka dengan secara tidak langsungkan menyebabkan tindakan refleks saya memberikan respon yang menyentap emosinya.

Kenapa tetiba teringat judul ini lantas menyentak memori masa lalu. Sebabnya dalam masa 2 hari ini saya membaca blog AzSamad, penyanyi jazz anak lelaki kepada Pak Samad. Kenapa saya baca blog anak Pak Samad ini ?Kerana saya telah membaca buku 'Pak Samad dari kaca mata kami'. Tetapi Az Samad tidak menulis di dalam buku itu. Yang menarik perhatian saya ialah tulisan daripada Taheera Rosheena yang menyebabkan saya mencari maklumat berkaitan di sebalik nama ini melalui enjin carian Google.Kenapa saya tertarik dengan nama ini? Kerana saya kagum kenapa wajah yang tampak muda ini boleh mengenali Pak Samad, seorang sasterawan negara yang amat saya kagumi dan hormati sejak saya mengenal karya Pak Samad melalui novel Salina malah selalu mengikut perkembangan beliau dan masih tidak lupa figura beliau ketika terserempak di KLCC. 

Hasil carian atas nama Taheera Rosheena nie menghubungkan saya dengan blog Az Samad ini dan tahulah saya beliau adalah seorang penyanyi jazz dan pernah membuat persembahan di No Black Tie dan artikel dari The Star menceritakan mengenai persembahan beliau dan salah satu petikan artikel itulah yang mengaitkan dengan lintas langsung ingatan terhadap judul filem The Sounds Of Music. :

'From playing a reggae-infused interpretation of The Temptations’ My Girl to playing a Dave Brubeck Quartet tune that’s set to a Malay asli beat, to an energetic version of My Favourite Things from the Sound Of Music, the trio aims to take the audience on a musical adventure'

Jujurnya saya tidak pernah melihat filem ini sejak kecil tidak seperti mana kanak - kanak lain termasuk dia.  Maka agak tersentuh emosi apabila dia menunjukkan reaksi rasa terkejut kerana saya tidak pernah melihat filem ini lantas memaksa saya mengeluarkan perkataan dan reaksi muka yang menggambarkan hati saya ketika ini. Walaupun hanya menyebut "tidak semua yang melihat filem ini ", mungkin kerana nada saya agak kasar ataupun tampilkan reaksi muka yang tertekan menyebabkannya terasa hati dan tersentap.

Tetapi jauh di sudut hati saya, saya rasa bersalah walaupun langsung tidak terniat untuk mengecilkan hatinya tetapi saya faham perasaan bagi seseorang yang menjadikan filem ini sebagai salah satu sumber inspirasi dalam hidupnya.  Mungkin tindakan saya seolah - olah memperkecilkan filem ini dan sewajarnya ketika itu saya harus menunjukkan sokongan terhadap minat dan jiwanya.Namun saya terdidik dengan sikap telus dan transparensi di mana apa yang yang bersarang di hati akan terpapar di wajah yang comel ini..kih kih.Cuba anda berada di tempat saya, di mana kita terasa diperlekehkan bila seseorang menunjuk reaksi seperti itu. Mungkin bukan niatnya. Itulah saat di mana kita tentukan samada reaksi luaran mempengaruhi emosi dalaman kita ataupun emosi dalaman kita mempengaruhi reaksi luaran kita. Di situlah pentingnya jiwa yang tenang untuk memainkan peranannya yang menghasilkan suatu keadaan yang positif.

Namun begitu,In shaa Allah, perkara - perkara ini dijadikan pengajaran dan kesedaran untuk masa hadapan. Saya akui jiwa ketika itu tidak di berada di dalam level yang tenang. Yang ada ketika itu ialah sifat memberontak cuma belum sampai tahap nak join mana - mana perhimpuan demonstrasi

Kenapa saya tulis cerita ini? Kenapa saya mengimbas semula kenangan lama yang memeritkan? Kerana kenangan - kenangan inilah salah satu punca yang mengajar saya dan menjadikan satu ingatan untuk bermuhasabah diri untuk menghapuskan rasa menyesal malah berusaha menjadikan diri lebih baik pada masa akan datang.Maka dengan harapan luahan cerita ini dapat meringankan rasa menyesal sebelum ini dan akan sentiasa menjadi peringatan.

 Cau CIn Cau.





No comments: