Wednesday, November 28, 2012

Putrajaya Sentral

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak sharing tentang seminar bahagia membahagiakan pada hari Ahad lepas semalam, tapi dek kerana kesibukan masa di opis dan sampai di rumah penat ya amat-amat sehingga tertidur di sofa, jadi tak tulis-tulis lagik pasal seminar itu.

Lepas kerja (sebenarnya patut stay lagik tapi larik sebab ada appointment) jumpa kawan amik Lecithin E si Bash ni order..tak pasal-pasal ja jadi orang tengah. Kemudian alang-alang tu pergi Putrajaya Sentral nak beli tiket. Ketika sampai saja, fuh..auranya kuat di situ..semakin dekat dengan kaunter tiket semakin kuat bayangannya di situ..ya Allah..tidak tahu nak buat camna..hanya kuatkan hati dan berdoa semoga ku mampu melaluinya. Walaupun tak banyak sangat pun kenangan di situ, namun ia tetap ada..macam2 rasa ada..terutamanya selepas pindah ke Cyberjaya..Inilah hentian nak hantar ke ERL ke, nak naik bas balik kampung ker atau mengambil atau menghantarnya ke stesen ERL..sedih..;(

InsyaAllah, dengan keredhaan Allah dan perlindungan dariNya ku mampu melaluinya..apa yang penting redha Allah ..



No comments: