Wednesday, August 8, 2012

Kebahagiaan Bergantung kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai yang menyangka untuk menghilangkan tekanan pergilah bercuti atau melancong tempat yang best -best dan jauh daripada kota. Tetapi berapa ramai yang memperoleh ketenangan sedangkan beban tekanan iaitu diri kita sendiri kita bawa bersama.

Apabila kita tidak bahagia, kita lebih cenderung untuk menyalahkan orang lain, kita sakit hati dengan orang, ada dendam dan juga marah dan selalu terfikir kenapa mereka berbuat jahat kepada kita.  Sedangkan apa yang kita dapat adalah refleks daripada diri kita sendiri. Jika kita senyum, pasti kita dapat balasan senyuman, dan jika tarik muka panjang,sah-sahla orang tak suka.Melainkan jika kita senyum, tapi ada orang jeling balik, kasihanilah pada orang itu kerana jiwanya tidak bahagia.

Sampai ke tahap ini, Alhamdullillah, baru tersedar dan merasai, sebenarnya Allah mendatangkan ujian ini supaya dapat meringankan beban dosa sebelum bertemu denganNya nanti.  Sebelum ini, memang terfikir tapi sentiasa kalah dengan nafsu dan amarah tanpa berlawan.  Jadinya sekarang untuk melawan nafsu dan amarah hanya dengan ketenangan hati dan sentiasa berprasangka baik dengan Allah dan sentiasa mencari jalan untuk mencari kasih sayang dan Cinta dari Nya.  Apabila meletakkan cintaNya di tempat yang teratas, pasti Dia akan meletakkan perkara yang terbaik untuk diri kita, Jika kita belum lagi merasai nikmatNya, bermakna kita harus mencuba dan bermuhasah untuk memperbaiki diri.

Melalui ujian juga, berpeluang mencari ilmu yang sebenarnya banyak sangat di sekeliling tapi sentiasa diabaikan sebab telah berada di comfort zone.Hah,dah kena gegar baru gedik-gedik nak mencari ilmu.  Sekarang dah jadi ahli komuniti As-Sohwah dan setiap hari mendengar video daripada Prof. Dr.Muhaya.Hari ini jam 10.00 pagi beliau berada di IKIM tetapi broadband dah kena block la pulak.Nasib baik boleh download.

Kata beliau : 2 perkara yang bila kita akan sebut, akan datang kebahagiaan ialah :
  1. Alhamdulillah kepada Allah
  2. Terima kasih kepada manusia.
InsyaAllah, hati kita akan tenang kerana kita sentiasa mensyukuri nikmat yang terdapat di sekeliling kita. Bayangkan jika kita berterima kasih kepada seseorang, mesti orang tu suka.Baru saya sedar,paling payah nak ucapkan terima kasih ialah kepada mak dan abah yang telah melahirkan,membesarkan dan mendidik dengan penuh kasih sayang sebab selalu terasa terima kasih tidak perlu diucapkan dan hanya dibalas dengan perbuatan yang baik.

Dan sebelum tidur kita maafkan orang dan berdoa semoga hari esok adalah lebih baik pada hari ini.  Lupakanlah dendam dan marah kepada orang kerana sebenarnya kita tidak dapat apa - apa pun malah kita berhutang dengan masa kerana menyakiti hati diri sendiri dengan perasaan dendam dan marah. Wallahualam.

Semua yang saya tulis ini adalah nota untuk diri sendiri dan niat untuk berkongsi apa yang saya lihat, apa yang saya dengar dan apa yang saya rasa dan apa yang saya belajar. Bukannya niat untuk mengajar dan perasan bagus. Sebab sekurang-kurangnya saya mencatit apa ilmu saya dapat, tapi jika hasilnya tidak bagus itu adalah proses pembelajaran. ;)

cau cin cau.


No comments: