Friday, June 15, 2012

drama spektra cum realiti part II

Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang ibu tunggal yang begitu terluka dengan anak - anaknya. Anak perempuan yang ditatang dengan manja dan kasih sayang telah melukakan hatinya dan menyebabkan sekeping hati seorang ibu menangis.  Si ibu tiada tempat mengadu.

Bayangkan perasaan seorang ibu yang mendambakan kasih sayang anak - anaknya namun yang berlaku si anak perempuan yang tinggal bersama-samanya mengeluarkan kata - kata kesat yang telah menghiris dan menikam hati seorang ibu. Bagaimana perasaan seorang ibu tua yang telah lemah kudratnya apabila anak perempuan tunggal membahasakan diri 'kau' dan 'aku' antara dia dan ibunya dan sanggup melebamkan tangan ibunya..

Si ibu inilah yang sanggup berkorban wang ringgit,masa dan kudrat untuk si anak ini, malah membantu mengasuh cucu-cucunya walaupun tidak berdaya semata -mata memikirkan anaknya yang menjadi ibu tunggal.  Si ibu sanggup meninggalkan rumah peninggalan arwah suaminya semata -  mata untuk menjaga cucunya dan menemani anak perempuan tunggalnya dan dijanjikan dengan seorang pengasuh.

Tetapi apa yang si ibu dapat? Hanya kerana semata anak perempuannnya hendak berkahwin dengan suami orang dan tidak mendapat restu darinya,sanggup si anak perempuan ini melawan dan mengeluarkan kata - kata kasar.

Ingatlah dunia tetap terus berputar.  Muda akan menjadi tua, anak akan menjadi seorang ibu atau bapa. Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kita.

Wallahualam.

Ya Allah, berikanlah kegembiraan dan ketenangan kepada kedua ibu bapaku dan ibu mertuaku. Amin

No comments: