Kita dah sedia maklum, Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya itu. Merintihlah dan merayu kepada Allah untuk kita berlindung di bawah rahmatnya. Ujian yang datang tandanya untuk masa kita bermuhasabah diri. Bersyukur dengan ujian yang datang kerana masanya yang tepat untuk peluang menyucikan dosa-dosa yang lalu.
Seorang guru pernah berkata,"Sebenarnya saya nampak kamu lebih tenang berbanding dahulu". Alhamdulillah, terima kasih kepada guru ku,Dr.Azhar Sarip, perkenalan sejak tahun 2007 menemukan kami. Syukur kepada Allah kerana telah membuka ruang dan jalan untuk belajar dengan beliau dan sehingga sekarang jika berkelapangan masih berhubung demi menuntut ilmu yang tiada berpenghujung.
Malah bersyukur tidak terhingga dengan ujian - ujian ini menemuikan guru - guru yang banyak mengajar untuk mbermuhasabah diri untuk memperbetulkan diri daripada asyik menyalahkan orang lain samada bertemu secara bersemuka, secara talian atau melalui penulisan mereka.
Akhirnya, dah keluar dah dari 'comfort zone'. Cuma agak sakit bila berhadapan dengan orang sekeliling yang berpandangan tidak sama dengan kita dalam menangani ujian initerutamanya daripada orang yang kita cukup hormati dan sanjungi dan kita muliakan. Pasti mereka bingung bagaimana seorang anak perempuan mereka yang sangat disayangi dan dimanjakan mampu mengharungi ujian ini berseorangan.
"Allah itu ada,mak dan abah. Chek tak berseorangan".Faham hati dan perasaan mereka, namun apakan daya, cuma doa seorang mak dan abah yang diharapkan supaya anakmu ini tabah dan kuat menghadapi ujian Ilahi ini. Pasti ada hikmah dan ganjaran yang lebih besar daripada musibah ini.
Terima kasih atas artikel ini yang berjaya membuka hati dan minda bagi seorang yang amat cetek pengetahuannya . Sila klik lin ini >>>Istihikarah itupun perlu mujahadah
Alhamdulillah. cau cin cau
No comments:
Post a Comment